DEFINISI ORANG UTAN


MARILAH KITA KENALI ORANGUTAN !!!

Orang utan ialah sejenis spesies yang istimewa dan haiwan ini mempunyai rupa bentuk seperti manusia tetapi bezanya haiwan ini mempunyai bulu yang panjang yang berwarna coklat keperang-perangan dan mempunyai tangan yang panjang. Nama lain bagi orang utan adalah mawas ,orang utang, orang hutan dan maias. Haiwan ini adalah seekor haiwan yang sangat cerdek dan mempunyai sifat umpama manusia seperti sedih ,gembira ,marah dan sebagainya. Haiwan ini juga mempunyai 97 peratus DNA manusia. Orang utan jantan dewasa yang berumur 15 tahun ke atas boleh berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50-100kg. Manakala orang utan betina pula mempunyai berat diantara 34-40kg. Seekor orang utan betina boleh beranak s ekurang-kurangnya 3-4 kali dengan purata seekor anak dalam setahun.

ADAKAH ANDA TAHU DI MANA ORANGUTAN INI BERADA SEKARANG ???



Kawasan yang masih wujudnya orangutan adalah di Indinesia , seperti di Kalimantan , Sumatera dan di Kepulauan Jawa.Selain itu di negara kita juga masih ada lagi orangutan seperti di Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak. Antara kawasan yang memelihara orang utan ini di negara kita adalah di Sepilok ,Sabah dan di pergunungan Kinabalu.

ADAKAH A
NDA TAHU ORANG UTAN MAKAN APA???


Orang utan tergolong dalam kalangan haiwan omnivor.Oleh itu, makanan kesukaan orang-utan adalah buah-buahan.Mereka turut makan:
1.Daun-daunan
2.Biji-bijian
3.Kulit kayu
4.Tunas tanaman (yang lunak)
5.Bunga-bungaan
6.Serangga dan haiwan-haiwan kecil.

Orang-Utan tidak perlu meninggalkan pohon iaitu habitat mereka jika ingin minum kerana biasanya mereka meminum air yang terkumpul di lubang-lubang di antara cabang pohon.















CARA-CARA UNTUK MENYDARKAN MASYARAKAT

Bagi menyedarkan msyarakat, kita boleh melakukan pelbagai cara untuk menyedarkan mereka. Antara caranya dengan mengadakan kempen kesedaran “Sayangi Orang Utan” bagi menggalakkan mesyarkat kita. Dengan secara tidak langsung kita dapat menyelamatkan spesies orang utan ini dari semakin pupus.

Selain dari itu, masyarakat harus berganding bahu bagi memelihara flora dan fauna untuk menjaga habitat orang utan ini daripada diceroboh. Masyarakat perlulah sedar bahawa pembalakan dan pembakaran hutan akan menyebabkan spesies ini semakin pupus. Justeru masyarakat haruslah mengurangkan aktiviti pembalakan dan pembakaran di tempat habitat mereka agar spesies orang utan boleh hidup dengan lama serta dapat membiak dengan lebih banyak.

Yang telah anda ketahui orang utan juga mempunyai 97 pratus DNA yang sama dengan manusia. Oleh itu,orang utan mempunyai persamaan sifat dan mempunyai rupa bentuk seperti manusia.Oleh demikian ,kita haruslah terapkan sifat kasih sayang akan orang utan di dalam diri setiap masyarakat agar mereka dapat menyayangi orang utan dan tidak akan memusnahkan habitatnya.



Persamaan sifat umpama manusia,
Janganlah kita hancurkan habitatnya,
Orangutan hidup di Semenanjung Malaysia
Marilah kita memelihara kehidupannya.




CARA-CARA YANG PERLU KERAJAAN LAKUKAN.




Sebagai Negara yang serba canggih pada masa kini, kerajaan perlulah mengambil berat tentang kehidupan speisis orang utan kerana speisis ini semakin pupus. Kerajaan perlulah mengetatkan undang-undang dari segi pemburuan ,pembakaran dan pembalakan hutan kerana pembalakan, pembakaran hutan dan pemburuan akan menyebabkan orang utan ini tidak dapat dijumpai lagi kerana orang utan akan lari ke atas pergunungan dan ada yang akan pupus dihabitatnya . Jika speisis ini dijaga dengan lebih sistamatik secara tidak langsung spesies ini akan kekal hidup hingga ke generasi akan datang. Tambahan lagi, kita perlulah menjaga habitat speisis ini dari ancaman manusia yang tidak mempunyai berperikemanusian.

Selain itu, kerajaan perlulah menyediakan peruntukan untuk rawatan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk menjaga orang utan ini. Pihak berkenaan haruslah memastikan keadaan orang utan sentiasa sihat dan memberikan rawatan secukupnya untuk menjaga populisi orang utan ini supaya terjamin.

Pihak berkuasa juga perlu mengenakan denda yang berat kepada manusia yang cuba mengacam habitat orang utan ini ataupun memburu orang utan ini supaya mereka sedar bahawa haiwan ini begitu penting kepada negara dan masyarakat. Dengan ini, kita dapat memupuk kesedaran masyarat tentang pentingnya haiwan ini terhadap negara dan mereka sendiri.


AKTIVITI YANG KAMI CADANG
Di sini ,kami ingin mencadang beberapa aktiviti bagi menggalakkan masyarakat dan pelajar supaya mereka dapat merapatkan diri mereka kepada orang utan . Antara aktivitinya adalah semua masyrakat dan pihak sekolah perlulah membuat lawatan ataupun kem ke tempat orang utan seperti Zoo Negara atau ke kawasan hutan simpan yang mempunyai habitan orang utan ini. Dengan cara ini ,kita dapat menerapkan cinta akan orang utan di dalam diri pelajar dan masyarakat..Selain itu, semasa lawatan ke tempat habitat orang utan ini, pelajar atau masyarakat perlulah bermesra dengan orang utan . Secara tidak langsung, kita dapat lihat bahawa pelajar dan masyarakat kita boleh menyayangi orang utan dan dapat memeliharanya dengan cara menjaga habitat orang utan ini dari diancam. Selain itu, pihak zoo atau hutan simpan perlulah mengadakan pelbagai pertunjukan yang melibatkan orang utan ini bagi menunjukkan keistimewaan orang utan ini kepada pengunjung. Oleh demikian , kita boleh lihat betapa istimewanya orang utan ini dimata masyarakat ...

Di samping itu, kita perlulah mengadakan kempen “ Sayangi Orang Utan ” supaya kita dapat mengetahui cara hidup orang utan ini . Di dalam kempen ini ,kita perlulah adakan pameran dan aktiviti yang boleh menyedarkan masyarakat. Antaranya aktivitinya adalah melukis poster, membuat buku skrap, dan pertandingan soal jawab tentang orang utan. Dengan ini kita dapat tahu adakah masyarakat mengambil berat atau tidan akan orang utan.

Tambahan lagi, kami ingin mencadangkan pada setiap tahun kita perlu mengadakan “Hari Orang Utan Sedunia” serentak dengan kempen di seluruh dunia bagi menunjukkan bahawa orang utan adal
ah haiwan yang perlu dilindungi dan dipelihara supaya haiwan ini tidak akan pupus ditelan zaman yang serba canggih pada masa kini. Matlamat mengadakan Hari Orang Utan Sedunia adalah untuk memupuk semangat ingin menjaga orang utan ini dari diancam dan meningkatkan semangat cinta akan alam sekitar bagi mengelakkan kepupusan haiwan-haiwan lain di atas muka bumi ini. Jikalau anda mengikuti perkembangan semasa, anda akan dapat tahu bahawa bumi kita semakin binasa kerana sikap manusia yang tidak ada keperimanusiaan dengan cara membakar habitat ,memusnahkan hutan dan memburu haiwan ini. Inikah yang kita mahukan? Tepuk dada tanya hati kerana hati tidak akan menipu..


AKTIVITI YANG TELAH KAMI LAKUKAN




Pada 8 Ogos, kumpulan kami yang bernama Fara ,Nabila ,Rahalijah dan saya sendiri Sefhudin telah membuat satu lawatan ke tempat orang utan di Zoo Negara. Di sini kami melihat masyarakat begitu begitu mesra dengan orang utan. Ada yang memberi makan kepada orang utan ,ada yang mengambil gambar, dan ada juga ibu bapa yang memberi tahu anak-anak mereka tentang keistimewaan orang utan ini. Pada masa itu, kami begitu gembira apabila melihat masyarakat begitu mengambil berat teradap orang utan ini. Tetapi semasa lawatan ke tempat orang utan ini kami tidak dibenarkan untuk mendekatinya kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini. Semasa itu juga, kami tidak melihat pihak Zoo tersebut membuat pertunjukan tentang orang utan. Oleh dimikian ,pihak Zoo perlulah membuat satu pertunjukan yang melibatkan orang utan ini.


Selain itu, kami telah mereka satu logo untuk orang utan ini yang menyatakan Protection of Orang Utan. Di sini kami telah menggabungkan beberapa elemen warna yang bersesuaian iaitu merah, hijau dan coklat. Setiap warna-warna ini mewakili satu elemen iaitu merah mewakili masyarakat yang penyayang . di sini kami ingin melihat masyarakat kita semua dapat menyayangi dan menjaga orang utan ini dengan baik . Warna hijau pula mewakili elemen alam yang menyatakan masyarakat perlulah menjaga flora dan fauna supaya orang utan ini menpunyai habitatnya semulajadi dan dapat hidup seperti biasa dan yang terakhir warna coklat. Warna ini mewakili unsur orang hutan sendiri . kami ingin melihat semua orang utan dapat hidup seperti biasa dan dapat melahirkan komuniti yang lebih baik..