Di sini ,kami ingin mencadang beberapa aktiviti bagi menggalakkan masyarakat dan pelajar supaya mereka dapat merapatkan diri mereka kepada orang utan . Antara aktivitinya adalah semua masyrakat dan pihak sekolah perlulah membuat lawatan ataupun kem ke tempat orang utan seperti Zoo Negara atau ke kawasan hutan simpan yang mempunyai habitan orang utan ini. Dengan cara ini ,kita dapat menerapkan cinta akan orang utan di dalam diri pelajar dan masyarakat..Selain itu, semasa lawatan ke tempat habitat orang utan ini, pelajar atau masyarakat perlulah bermesra dengan orang utan . Secara tidak langsung, kita dapat lihat bahawa pelajar dan masyarakat kita boleh menyayangi orang utan dan dapat memeliharanya dengan cara menjaga habitat orang utan ini dari diancam. Selain itu, pihak zoo atau hutan simpan perlulah mengadakan pelbagai pertunjukan yang melibatkan orang utan ini bagi menunjukkan keistimewaan orang utan ini kepada pengunjung. Oleh demikian , kita boleh lihat betapa istimewanya orang utan ini dimata masyarakat ...
Di samping itu, kita perlulah mengadakan kempen “ Sayangi Orang Utan ” supaya kita dapat mengetahui cara hidup orang utan ini . Di dalam kempen ini ,kita perlulah adakan pameran dan aktiviti yang boleh menyedarkan masyarakat. Antaranya aktivitinya adalah melukis poster, membuat buku skrap, dan pertandingan soal jawab tentang orang utan. Dengan ini kita dapat tahu adakah masyarakat mengambil berat atau tidan akan orang utan.
Tambahan lagi, kami ingin mencadangkan pada setiap tahun kita perlu mengadakan “Hari Orang Utan Sedunia” serentak dengan kempen di seluruh dunia bagi menunjukkan bahawa orang utan adalah haiwan yang perlu dilindungi dan dipelihara supaya haiwan ini tidak akan pupus ditelan zaman yang serba canggih pada masa kini. Matlamat mengadakan Hari Orang Utan Sedunia adalah untuk memupuk semangat ingin menjaga orang utan ini dari diancam dan meningkatkan semangat cinta akan alam sekitar bagi mengelakkan kepupusan haiwan-haiwan lain di atas muka bumi ini. Jikalau anda mengikuti perkembangan semasa, anda akan dapat tahu bahawa bumi kita semakin binasa kerana sikap manusia yang tidak ada keperimanusiaan dengan cara membakar habitat ,memusnahkan hutan dan memburu haiwan ini. Inikah yang kita mahukan? Tepuk dada tanya hati kerana hati tidak akan menipu..
AKTIVITI YANG TELAH KAMI LAKUKAN

Pada 8 Ogos, kumpulan kami yang bernama Fara ,Nabila ,Rahalijah dan saya sendiri Sefhudin telah membuat satu lawatan ke tempat orang utan di Zoo Negara. Di sini kami melihat masyarakat begitu begitu mesra dengan orang utan. Ada yang memberi makan kepada orang utan ,ada yang mengambil gambar, dan ada juga ibu bapa yang memberi tahu anak-anak mereka tentang keistimewaan orang utan ini. Pada masa itu, kami begitu gembira apabila melihat masyarakat begitu mengambil berat teradap orang utan ini. Tetapi semasa lawatan ke tempat orang utan ini kami tidak dibenarkan untuk mendekatinya kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini. Semasa itu juga, kami tidak melihat pihak Zoo tersebut membuat pertunjukan tentang orang utan. Oleh dimikian ,pihak Zoo perlulah membuat satu pertunjukan yang melibatkan orang utan ini.
Selain itu, kami telah mereka satu logo untuk orang utan ini yang menyatakan Protection of Orang Utan. Di sini kami telah menggabungkan beberapa elemen warna yang bersesuaian iaitu merah, hijau dan coklat. Setiap warna-warna ini mewakili satu elemen iaitu merah mewakili masyarakat yang penyayang . di sini kami ingin melihat masyarakat kita semua dapat menyayangi dan menjaga orang utan ini dengan baik . Warna hijau pula mewakili elemen alam yang menyatakan masyarakat perlulah menjaga flora dan fauna supaya orang utan ini menpunyai habitatnya semulajadi dan dapat hidup seperti biasa dan yang terakhir warna coklat. Warna ini mewakili unsur orang hutan sendiri . kami ingin melihat semua orang utan dapat hidup seperti biasa dan dapat melahirkan komuniti yang lebih baik..
0 comments:
Post a Comment